Monday, November 2, 2009

2009 saga international balloon fiesta

pada tanggal 31.10.2009 sabtu lepas telah berlangsung saga international balloon fiesta di daerah saga.

fiesta ni telah pon dimulakan pada hari jumaat hinggalah ke hari ahad. memandangkan hari jumaat, ada yg ada kelas dan hal2 lain, kami telah bersepakat untuk ke saga pada hari sabtu pagi, selepas subuh.

hari ahad lak memandangkan ramalan cuaca menunjukkan hujan, maka hari sabtu adalah hari yg paling baik untuk ke sana.

pada mulanya, aku agak keneratan untuk pergi sebab, kawan2 yg lain akan ke tosu selepas itu. oleh tu aku mengambil keputusan untuk tidak pergi pada mulanya. tambahan lagi, pada hari yg sama akan diadakan halloween parade di canal city hakata dan semestinya aku tidak mahu melepaskannya.

setelah melawati laman web saga balloon dan halloween parade, timing pon agak cantik. jadi, aku bercadang untuk pergi kedua2nya sekali pada hari yg sama. saga belon ni start pada pukul 7.00 pagi mase pelepasan belon beramai2 sampai la kol 9.00 pagi. start pukul 9.00 pagi sampai kol 11.00 pagi lak upacara fantasia belloon. belon yg pelbegai bentuk utk pameran dan bukan untuk pelepasan.

seawal pukul 5.30 pagi kalau x salah aku, kitaorg bertolak dari takata. segerombolan bersama kete sewa ijat ( paan, senget, asan), kete abg badrul bersama family dan kete abg zainuri satu family. aku lak bawak kete celica aku bersama fahmi. sebab aku perlu balik awal untuk ke halloween parade yg bermula pada pukul 2.00 sampai 4.00 dan tentang halloween parade ni aku akan ceritakan pada post seterusnya.

kete sewa ijat yg dilengkapi navigator digunakan untuk memberi petunjuk ke arah kebenaran :). bawah slow2 ikut jalan bukit yg bengkang -bengkok. dan alhamdulillah kami semua selamat sampai. TETAPI, untuk mencari parking, byk masa yg terpaksa dipakai. sudah pon pukul 7.00, kami masih belom jumpe parking. akhirnya dalam 7.20 baru la jumpe parking kat dalam padang sekolah rendah jepun. tersangatlah jauh dari tapak belon tu tapi itu lah sahaja yg ada dan yg paling dekat. tampa lengah masa, kami berjalan kaki dalam 3 ke 4 KM sampai ke tapak belon.

sampai di tapak belon, masing2 berpecah..erm..ke aku jer yg berpecah dari group?....aku ngan paan pergi seberang tapak belon untuk tangkap gambar. on da way tu jumpe solah and family. mereka datang berasingan. waktu ni, semua belon dan pon berterbangan. sayang sekali. itulah satu2nya shot yg aku perlukan dan aku x dapat. xde rezeki.

aku dan paan pergi ke seberang sungai dan tangkap macam2. terutamanya reflection belon dan air sungai yg tenang tu. kat situ, paan ditegur pakcik jepun ni. BI die pon mantap gak. semua international belon die pernah pergi. die siap tunjuk hasil gambar die yg dulu yg hanya pakai camera filem jer. sekarang die pakai nikon F6 kot ngan Nikon D700. lens pon mantap2. gambar2 die mmg pro class la. aku ngan paan dapat postcard dari die. gmabar kat poskad tu gambar ori die tangkap sendiri. mmg lawa giler.

dalam kol 9.00 biler fantasia belon nak bermula, aku ngan paan cross balik sungai untuk ke tapak belon berlepas lak. kat sini aku berjumpe balik dgn group tadi. tapi ramai yg dah berterabur. bilerbelon2 fantasia ni dah stabil, pengunjung2 dibenarkan masuk ke tapak belon dan dibenarkan menaiki belon untuk menagkap gambar2 kenangan. api yg die blow belon tu serius panas giler!!

so, macam2 gak la yg aku tangkap. xde la lawa sangat sebab langit pon x berapa biru sebab sedikit berkabus. pelepasan belon pulak aku terlepas. lagi satu, malam sebelumnya aku x tdo langsung!!!! dan bayangkan lepas belon ni aku nak g halloween lak!!! serius penat! aku just tangkap ape yg mampu jer. just nak share~

x larat aku nak jalan sampai ujung sebab kaki pon dah macam terpeleot . hahaha.. so dalam kol 11.00 lebih sikit, kitaorg dah bersiap untuk balik. waktu nak balik aku sempat jumpe abg nuri. abg nuri pon meluangkan mase bersama familynya dan juga tangkap gambar belon2 fantasia. selain aku, semua telah bergerak ke tosu. aku ngan fahmi bergerak balik ke rumah ke takata. serius dgn x tdo semalm dan jalan kaki kat tapak belon yg besar tu, sangat lah penat dan ngantuk. tapi alhamdulillah selamat gak sampai umah..hehe..jgn bimbang, aku klo ngantuk yg tahap x leh tahan mmg aku berhenti drive. tapi hari tu penat2 camtu pon, aku masih leh drive. thanks kat fahmi gak teman aku sembang2. klo die pon lentok alamat aku pon lentok la..hahaha!!

next post is about hakata halloween parade!!! so, sambung cerita next post!


























~lagi pasal saga belon di blog kak yati dan blog paan~

' 空へ。。。! SPIRITS SOAR... '

7 comments:

Orcaz said...

Bestla ko ada member suka main tembak2 nih. Kat sini aku sorg je, klu ada pun Amzar. Tu pun die selalu busy. Kos pengangkutan pun...

DyMi said...

loh, yeke~ aku ingat ramai dak yg main camera kat sana.
maa~ time tertentu, tangkap gambar sensorang pon ada kelebihan :)

Ahmad Afif said...

ni hari sabtu ek...
kol bape ek ...kohai aku sampai dah habis

Ahmad Afif said...
This comment has been removed by the author.
DyMi said...

program die start jumaat sampai ahad. ahad lak ujan.
start kol 7.00 sampai mlm~

loh, yeke!!? xpe2, kohai ko leh g tahun depan lagi :)

incik neng said...

gamba belon atas air tuh memang dari ladang ah~ terbaik

花生豆花Star said...
This comment has been removed by a blog administrator.