
seperti yg anda semua sedia maklum, aku telah kembali ke malaysia untuk hari raya kali ini setelah sekian lama tidak beraya bersama family. sempat berpuasa 2 hari, sempat berterawikh satu malam dan semestinya sempat beraya dengan keluarga tercinta walaupun hanya seketika. hari raya disambut sederhana saja seperti tahun2 yg lain..erm maybe lebih sikit sebab aku balik..hihihi. apa2 pun kegembiraannya sama seperti dulu :). berjumpa sanak saudara dan bermaaf-maafan. dan yg lebih best, aku masih lagi dapat duti raye..hehehe...terima kasih kepada saudara-saudara aku yang semuanya best2!!!!!
Pagi raya dimulakan dengan solat sunat aidilfitri di masjid sg rokam. aku pergi bersama ayahku dengan bersama2 memakai jubah dari mekah yg telah dibeli oleh ayahku. pulang sahaja dari masjid, kami sekeluarga terus bersiap memakai baju raya masing dan untuk kali ni warna hijau iaitu warna kegemaran ayahku dipilih untuk menjadi warna tema pakaian raya tahun ni :).
apabila semua siap, seperti tahun2 sebelum ni, kami bersalam salaman memohon maaf antara satu sama lain. sayangnye, x sempat tangkap gambar..huhu..aku telah dapat duit raye dari along kudik dan kedua mak ayah ku..hehehe..berapa? rahsia. :)
sampai di sg rokam, x jauh dari rumah...dekaaaat jer. tapi jalan kaki jauh sikit..hehehe, aku telah mkn pelbagai juadah raye yg fuh agak lama gak la aku x mkn. antaranya lemang, rendang tok, kuih2 raye....dll. sedap sgt...alhamdulillah. sibuk2 aku melantak di dapur, ghope2nye, kat depan rumah opah, saudara mara dah mulakan majlis bersalam salaman mohon maaf antara satu sama lain dan pemberian duit raye...hehehe....sayangnye, kelambatan aku join majlis, gambar yg agak penting iaitu gambar bersalam salam tidak dapat aku abadikan dalam blog aku ni sebab aku tak sempat tangkap. kesimpulannye, melantak jgn sampai lupe dunia...hihihi...
habis semua, maka bermulala seisi bergambar beramai2 dan gambar keluarga2. mula2 tangkap gambar ramai2 pastu baru family2. berat gak amanah untuk tangkap gambar ni, gambar x lawa ke, x jadi ke..huhuhu..tapi, alhamdulillah semuanya ok. mohon maaf jika gambar x lawa, kurang menarik atau tidak memenuhi citarasa :). gambar adalah terhad sebab gambar2 semuanya lupe bawak balik kat jepun. tinggal kat komputer rumah, jadi aku letak gambar2 yg ada dahulu untuk dikongsi bersama :)






'Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu'
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu'
No comments:
Post a Comment