Monday, October 5, 2009

Hari Raya kedua 2009

selagi lagi, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :). kemeriahan raya masih lagi terasa tapi jgn lupe puasa 6!..hihi..

untuk post kali ni, cerita pada hari raya ke2 pulak. biasa la, kalau raya pertama di sg rokam raye kedua adalah di k.kangsar belah mak. dan begitulah berselang seli. selang seli ker?? erm..x pasti. hehe..

biasalah, perlu bergerak awal pagi ke kuala kangsar. sebelum gerak tankap2 gambar sikit. hari raya kedua pon simple2 jer. simple lagi dari hari raya pertama. walaubagaimanapon semuanya best!!

on da way ke k.kangsar, tol nak keluar kuala tu punyala ramai orang. ramai giler. pikir2, ramai gak orang kuala ni ekh!? hahaha...tapi, alhamdulillah xde la lama sangat terperangkap dalam kesesakan tu.

keluar je daripada tol, kami sekelarga terus pergi ke rumah adik opak di Lubuk Merbau. semenjak ketiadaan arwah tok, opah duduk ngan adiknye dekat Lubuk Merbau tu. kepada sesiapa yg mengikuti blog aku ni tau la pasal arwah atok ku yg telah kembali kepadaNya pada bulan 4 tahun ni. sekali lagi, marilah kita bersama2 mensedekahkan surah alfatihah kepadanya. semoga rohnya digolong dalam kumpulan2 orang yg beriman. amin.

on da way ke umah adik opah tu, bergabung sekali dengan family abg pul. sama2 bergerak jumpa opah. opah seperti biasa mmg best dan sempoi! hihihi...opah x berapa gemor tangkap gambar, so, aku pun curik2 la tangkap gambar opah..hihi..dekat umah tu mkn laksa!! termkn gak aku laksa balik malaysia kali ni. laksa kuala lak u. pergh!!! mmg kaw kaw!! tapi pedas sikit..hihihi..

dok lepak lama2 rumah opah, mak ajak opah jalan2 raya rumah orang lain. opah pon set jer..hehehe..jadik, kitaorg pon bawak opah dan pergi beraya kat rumah ayah lang. awe ngan family abg pol pergi rumah awe dulu sebab dengar2 tok chu nak datang.

makan kudap2, kuih raye sikit kat rumah ayah lang, kitaorg g lak rumah andak. rumah andak ni kat pendalaman sikit. lalu jalan kat sebelah sg perak. kiri kanan mmg utan. rumah andak dekat Cegar Galah. mmg fresh la udara kampung. nyaman jer. kat depan rumah andak tu ada kawasan pak andak bela kambing pastu ade kolam bela ikan keli.

lepak lama gak kat rumah andak. mkn mmg sedap..hihi..besela, lepas mkn klo mata tu x berat x sah. disebabkan ujan yg agak lebat, ayah kata tunggu ujan reda dulu la aru g rumah awe. aku dan ayah mengambil masa terluang dengan lelap seketika kat umah andak..hehehe...

ujan reda jer, terus g umah awe dekant Kubang Halban. xde saper dah kat umah awe. tok chu pon dah balik..huhu..mkn2 kuih raye sikit, kitaorg terus beransur. pastu g pekan kuala jap. nak beli hadiah bekas kuih kat opah dekat the store akt pekan kuala tu. sayang sekali abis stok. laku ul bekas kuih tu. mmg ramai org berkenan. takkan nak balik camtu jer, singgah kat tempat kasut, belikan kasut utk oph..hihi..opah pon cam seronok jer dibawa berjalan2.

selesai lah hari raya kedua. hantar opah balik kat umah adik oph, pastu opah bagik asam keping soh bawak balik jepun..hehehe...berakhirlah sambutan raya pada hari ke2 2009 ni. pape pon best!! dapat mkn macam2. aku mmg suke mkn. klo kurang mkn tu tandanya sakit mulut atau sakit tekak je..hehehe..

beberapa moment yg telah aku abdikan dalam gambar buat kenangan. atas ni gambar andak

ni lah die opah kuala..hihi..berjaya gak tangkap gambar candid..erm, yg ni along kot yg tangkapkan..hehehe..

ayah yg tgh berpikir masalah negara..hahaha

along kudik!! hahaha..klo aku balik waktu pertunagan along dulu, sure byk gambar along kat blog ni..hahaha

hahaha..ni ayah tgh nak tiru mr bean pakai maruku..pastu kantoi ngan awe..awe pon gelak beso..hahaha

opah yg mmg susah untuk gambarnye ditangkap..hihi...papepon opah sempoi :). bak kata2 dan pesan opah, langit tu tak sentiasa cerah. hihihi

success candid :)

ni pulak pak andak. :)



'Di waktu malam, bulan mengambang. sunyi damai hai damai seklilingku....lagi P.Ramli'

No comments: