
memandangkan hari ni hari jumaat atau saiyidul ayyam, ni aku nak citer sikit pasal sembhyg jumaat dekat ito hari ini. seperti biasa, waktu sembhyg mula pada pukul 12.30. semua berkumpul. hari2 biasa pun biasanye kul 12.30 dah ader org bentang tikar nak start sembhyg zohor. gamba kat atas tu la tempat kami org2 muslim di kampus ito menunaikan ibadah solah. tempat ini sudah dibenarkan penggunaanye oleh pihak pengurusan kampus ito. sebelah temapt sembhyg ni mmg tempat student2 lalu lalang. of coz student jepun. selalu diaorg tgk2 pelik jer.hehehe. semoga mereka mendapat hidayah. lokasi tempat sembhyg ni terletak di west4 building. tingkat 3. space siantara 機械1 dan 機械2.

berbalik kepada sembhyg jumaat hari ini. seperti anda semua sedia maklum. sembhyg jumaat x sah tanpa khutbahnyer. jadi, hari ini adalah giliran saudara dari bangladesh untk memberi khutbah. kat fukuoka ni mmg ada persatuan muslim yg menghandle aktiviti2 amal dan ibadah. wakil malaysia adalah Bro sohiful dan Bro Hafizal. wakil muslimah lak Sis Nora. dalam pengisian khutbah hari ini, khatib telah menerangkan tentang erti jihad yg sebenar. kata beliau, hidup di non-muslim country di penuh dgn cabaran. perkataan jihad disalah tafsir oleh golongan bukan islam membuatkan imej islam tercemar. kata beliau ader byk cara kita boleh berjihad. jihad dalam diri, jihad kerana ibu bapa, dan jihad kerana masyarakat. itulah sedikit ringkasan khutbah hari ini. sedar tidak sedar selesai solat, jam menunjukkan sudah lebih pukul 1. nasib baik aku x de kelas. tapi budak2 lain yg ader kelas mula pukul satu akan terus bergegas ke kelas masing2 walaupun sudah kompem lambat. ini selalu berlaku.kadang2 susah gak nak explain kat sensei masuk lambat waktu mula2. tapi, x yah explain pon xpe sebab student jepun laagi lambat. masuk pasal student jepun, walaupun jepun terkenal dgn masyarakat yg menepati masa, tetapi anak2 mudanya tidak lah seperti imej yg kita selalu bygkan. diaorg dgn muke selamber akan masuk kelas walaupun 40 minit atau lebih lambat. inilah jepun yg sebenar.

sebelum nak cerita lanjut, aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya, masjid telah berjaya didirikan di bumi non-muslim fukuoka ini. Alhamdulillah. malangnyer, lokasi masjid ini sgt2 la jauh. dekat hakozaki. dekat dgn kampus lama. kampus ni dulu masih diguna pakai. tapi sekarang semua dah pindah kampus ito. masjid mmg dibina seperti masjid betul dgn adanya kubahnya, adanya ukiran lambang2 islamicnya. pendek kata cantikla.

dekat malaysia, surau ke masjid ker ada shj kat mne2. so, xde masalah nak sembhyg. aku 1st dtg jepun ni kekok gak nak cari tempat sembhyg. waktu sembhyg pun selalu tukar2. kene selalu check komputer sebelum kuar g memane. jadi jgn katakan surau x mandang, azan pun x kedengaran kat sini. pandai2 la bawak diri. jadi jika anda melancong sini ader tips sikit untuk membantu anda dalam membuat persediaan:
- catitkan masa masuk waktu sepanjg tempoh anda melancong
- bawak air (botol air)
- bawak lapik kain (sejadah, kain pelekat)
- kompas dan pastikan arah kiblat yg betul, jgn menghala batu caves lak.hahaha

sepanjang aku duduk jepun ni, macam2 tempat dah aku pilih untuk sembhyg. yela, nak sembhyg open nanti org jepun usha pelik. ader yg panggil polis lak tu. yg x best, tgh sembhyg leh lak die tanya sembang dgn kite. ish2. x kusyuk. jadik kami, seboleh mungkin cari tempat yg x terlalu open dan x ramai org lalu lalang. antara tempat2 yg aku pegi, tempat parking kete (selindung2 dgn kereta), dekat tangga kecemasan, dekat taman ( di sebalik pohon2), tempat persalinan baju, tepi stor, locker room dan lain2. best gak pengalaman ni. gak2 kalau aku sembhyg kat taman open dekat malaysia org cakap aper ekh?? hehehe..
kesimpulannyer, tunaikan ibadah solat walaupun di mana jua. ini program yg aku pakai untuk tentukan masuknye waktu solat. sesuai utk student oversea. malaysia pon ok gak. masuk waktu jer die azan. nak leh download kat sini----
islamic finder
6 comments:
salam w.b.t.
alhamdulillah~ islam itu mudah kan? sini ada sikit tips tentukan arah kiblat tanpa guna kompas~ (kalau di tempat lapang)
http://www.youtube.com/watch?v=5S6N2mze8JA
harap dapat manfaat bersama~ tapi kalau dah tau, sorry~ (^_^)
by the way, kalau dapat coretkan kandungan setiap khutbah untuk kongsi dengan readers blog ni, sure lagi BEST~insyaAllah, sama-sama boleh dapat manfaat dan pengisian~
the experience of performing solat secara berjemaah on the different places was very2 momentous, really!kan?
looking at you guys performing the prayer & that reminds me of the greatness of the Only God, Allah swt. hmm, solat at taman with cool, refreshing wind blowing (yeke korang rase mcm ini?:p), subhanallah! i rely want to have this kind of experience...tp you guys lelaki oke-la kott he-he.
hehe..leh jer cebe kat taman2 kat mlysia tu..test la sekali dua rase...hihi...student pompuan pon ok jer...
sape baca khutbah td??ijat??wahahaha
hahaha
thanks 4 da info...
Post a Comment