Sunday, April 26, 2009

magrib, solat hajat, yasin, makan, makan, makan

agak selang beberapa hari aku tidak menulis blog. maybe makin lama makin kurang kot cerita, memandangkan sekolah telah pun bermula dan masing2 sibuk dengan pembelajaran masing2. sem ni aku agak lapang la gak. walaupun lapang byk pulak kelas yg start 1 限 (8.40~10.10). kena ade kederat gak nak bgun pagi2.

cukup pembukaan, moh kite masuk pada tajuk blog kite pd hari ini.hehe. pada 25.04.2009 sabtu, bro sohiful telah menganjurkan majlis bacaan yasin sempena mendoakan agar isterinya selamat melahirkan anak yg diramalkan lahir pada bulan 6 tahun ni nanti. byk gak yg hadir. antaranya, abg zainuri, bro hafizal, bro solah dan kami2. majlis dibuat di dewam bawah rumah bro solah. 1st time guna dewan ni. baru lak tu. mmg selesa dgn lengkap segala kemudahan. look forward guna lagi.

aku, ijat, hasan dan paan bergerak dgn kereta celica aku sampai2 dlm kul 7.00 ptg. siap semua dah ader kecuali amir, senget dan amin (lambat atas sebab tertentu), majlis solat magrib berjemaah pun bermula. azan dilaungkan saudara ghandi dan solat diimamkan oleh bro sohiful. kemudian diikiuti lak dgn solat sunat hajat dgn hajat semoga isteri bro sohiful iaitu sis aisyah selamat melahirkan cahaya mata. selesai hajat, bace yasin lak. selesai yasin dan ketika hendak membaca doa, barulah kelibat senget, amin dan amir kelihatan menyemarakkan lagi majlis.

selesai semua, ape lagi, makannnnnn!!!! byk lauk best2. gulai kambing, ayam, dll. sedap la. aku tambah sampai 4 pinggan+pencuci mulut+air+kopi abg zainuri.hehehe. xde gamba utk dipaparkan sebab aku sibuk makan. hahaha.dalam kul 10 lebih selesai semua masing2 pulang. kami sambung aktiviti mlm dgn jamming kat bilik ijat..hahaha...antara lagu yg menjadi gilaan adalah lagu param param...hahaha. jamming diakhiri dgn lagu negaraku. Malaysia Boleh!!

hari lak, 26.04.2009 ahad, ader makan2 dan bace yasin kat umah ghandi ngan sidqi. siang aku x brape ok dgn pening2 kepala dan seseme. jangkit paan kot. ape lagi, mkn sikit nasik alas perut, telan ubat seseme ngan panadol tidooo!. ni dah ok kot sikit. badan lemah2 lagi. kat umah ghandi, macam bese la, sembhyg isyak, buat hajat pastu yasin pastu makan dan makan dan makan lagi. lauk kali ini main die nasik lemak. chef amir dgn 特技 die buat sambal menyediakan sambal. ghandi lak suruh sedia ayam, die goreng ayam macam tu jer tanpa salut kunyit.hahaha. bese la tu ghandi, mula2 x tau ape. dibantu ijat dan sempai lain, semua makanan selamat dihidangkan. abg zainuri bawak telur masin yg die buat sendiri. rendam dalam air garam sebulan. sebulan x cukup kena setahun! nasihat bro sohiful.

di tgh majlis, dtg lak sensei2 di aaj dulu melawat student. sensei2 ni x ajar aku. batch paan dan kebawah jer kenal. mereka dtg nak buat kajian tentang masalah2 student malaysia kat jepun ni. kaum2 bujang lak, selesai makan lepak2 kat bilik sidqi. masing2 dgn jenaka masing2. best2.hahaha. lawak perkauman menjadi topik hangat kitaorg pd mlm tu. ni baru balik. ok kot, ni jer cerita terkini aku. sory gamba xde sbb aku sgt sibuk dgn naluri manusia aku untk makan. makan menjadi keutamaan.hahaha. ni kne tdo awal walaupun hari ni byk tido sbb sok ader kelas 8.40 pagi sampai 12.00.

"hiduplah bermasyarakat"

2 comments:

amaleenamalek said...

oh!ure not feelin well ke?ya me too the other day. but getting better now huhu.biaselaa tu dymi,kalau nk updet blog nii perlukan mood jugak hehe.kalau mood sgt baek, satu hari 2 post pon bley buat hehe

DyMi said...

tu la. risau gak dgn keadaan kesihatan dunia skrg. ader lak influenza baru..huh, bahye2! take care