
semalam turn aku masak. begitulah, mengikut giliran selang seli memasak di rumah aku kat jepun ni. biasa la bujang. rumah tangga orang lain idok la aku ambik tau. yg aku tau, rumah aku yg kne naik tangga sampai tingkat 4 ni jer.hehehe. so semalam aku telah memasak masak lemak cili api, telur dadar, ngan ikan masin ( pau ijat..hehehe). secara jujurnya aku ni idok la reti sgt memasak. tapi bolelah, basic2 tu, daripada tak tau langsung. aku ingat lagi hari pertama aku dtg jepun, sempai aku tanya "ko boleh masak x?". aku ngn konfidennye menjawab "boleh!". "masak aper?!" tanya sempai aku. aku pun menjawab dgn selamber, "masak nasik ker, goreng telur ker..."...hahahaha....kalau aku la sempai itu, mendengar jawapan kohai yg sebegitu, mmg aku gelak...hahaha...

lauk yg aku masak pertama sekali kat jepun ni adalah kari ayam. dulu selalu pakai ayam brazil. yg bertulang. nak potong ayam la paling malas. pastu, lama2 aku semakin improve. bole la masak lebih la dari 1 makanan..hehehe..antara yg penah aku masak adalah nasik lemak, nasik ayam, kari ayam (nak tulis gak), kurma ayam, ayam masak merah, masak kicap, masak sweet sour, masak lemak cili api, nasik tomato dan lain2. ader gak yg selalu pakai perencah yg siap. juz masak jer macam masak lada, ayam madu, ayam tandori dan lain2. best gak memasak ni. tapi kalau time malas tu mmg malas, time bersemgat tu mmg bersemangt walaupun hasilnya xde la sedap mne..hehehe.

time malas, atau time duit biasiswa baru masuk, kitaorg bebudak malaysia makan luar..hehe. antara kedai yg penah aku pergi dan makan kat fukuoka ni kedai kari suraj, kedai kari zaika, muchacha, westo, joyfull, ichiban udon dll. rumah aku ni dekat sgt dgn joyfull. jalan kaki x sampai 5 minit. bebudak kohai yg baru dtg tu, mmg selalu pelahap dekat situ. yg x leh terimanye, sarapan pon kat joyfull!! ish2 ghandi..ghandi..(bukan nama sebenar). antara menu popular 焼きさば定食、えびカツレツ,真いかから揚げ、ごぼうから揚げ.

selama 3 tahun lebih aku memasak dekat jepun ni, semalam first time aku terhiris sedikit ibu jari semasa menghiris bawang besar. nasik baik la x dalam sgt luka. alhamdulillah. besela, org yg lagi pro lagi byk pengalaman kemalangan di medan dapur.

kalau di susun ranking budak2 bujang teruna kat fukuoka ni yg memasak, erm, pada pandangan aku rankingnyer:
- amir
- asan
- ijat
- paan
- aku
- fahmi, afham, amin, senget
- kohai2
ni pendapat aku la. tapi ranking 1,2,5,7 tu aku konfiden.hehehe. kepada saudara amir, sambalnyer setakat ni xde saper leh lawan la. asan lak, resipi ayamnyer masih belum diperbaharui oleh sape2. kepada kohai2 頑張れ!!ader lagi seorang saudara bujang di fukuoka ni, tapi air tgn beliau masih lagi aku x cuba, so xde la dlm ranking atas->abg shiha..hehehe

lupelak nak explain pasal gamba2 makanan ni. gamba byk kat atas tu, adalah gambar masakan antaranya aku dan ada juga org lain. tapi inilah yg aku makan di jepun ni. rindu gak masakan asli malaysia. masakan mak aku. paling top la bg aku. gulai tempoyak ikan keli, ikan keli goreng pon bolehla!, ayam masak merah, masakan mak ku adalah paling best!
ptg2 dekat malaysia tu makan goreng pisang ker, cucur udang ker..fuh, meleleh air liur beb. pagi2 lak pekena nasik lemak ker, teh tarik ker, roti canai ker..waaaaaaa.
(amaran kerajaan malaysia: kandungan gula yg byk dalam makanan tidak baik untuk kesihatan).hehe.iklan.

kat jepun ni kalau bosan, aku nak kunyah sumthin, antara kudap2 yg aku mkn coklat ker (gamba atas, atas), sembei ker (gamba atas (menjadi kegilaan paan)), aiskrim ker. asyik nak mengunyah jer mulut aku ni. ni nak habaq mai sikit, aku ni mmg kuat mkn, time mood on tu, beberapa pinggan pon aku bedal, burger double chese burger malaysia tu aku penah mkn 3 bijik sekali mkn. hahaha. tp, badan macam ni jer, x gemok2. kurus memnajang...hahaha. syukurla dgn pemberian rezki daripada yg maha Esa.
akhir sekali jgn lupe ye bace bismillah sebelum mkn..hehehe...
4 comments:
hehehe...bgs2.iteww la kelebihan stdy abroad
bley blaja cooking kan.well,mcm mane pun masakan momma sendiri plg best kan.
tul2..tu x dapat dinafikan la. diri kecik lagi makan. so lidah dah asyik nak makan masakan emak jer...hahaha
weh..bkn aku yg suka sembei..
sembei 2 yg suke aku..nk wt canner..kah3
sorry tuan karim..pnjm ayt..hehe
senbeu kat bilik aku ni asyik masuk perut aku jer x masuk pon perut ko...hahahah
Post a Comment