seperti yg telah aku maklumkan pada post yg lepas, amir telah pon tamat pengajiannyer di bumi fukuoka ni dan di kyushu universiti. selain mlm persembahan di hotel lepas, kawan2 malaysia lain telah mengadakan majlis2 sempena tamatnya pengajian amir dan kembali ke tanah air. mula2 sekali buat kat umah abg nuri. dan mlm terakhir amir di fukuoka ni, satu lagi majlis kecil kecilan dibuat di rumah abg zainuri.
dalam byk2 org malaysia kat fukuoka ni, aku ngan asan adalah yg paling lama dengan amir. klo nak kira byk benda gak la yg amir buat utk org2 malaysia di sini. termasuklah aku. disebabkan amir juga sama course ngan aku, lagi byk tunjuk ajar yg diberikan pada aku. selain tu, bab2 kereta ni, hampir semuanya berkaitan dg amir. buat shaken, beli kereta, repair kete, tuka nama, beli kerete murah, jalan2 kat jepun dll. bab makanan lak, mmg kehilangan chef besar la kat fukuoka ni.
pada tanggak 16.11.2009 yg lepas, berangkatlah amir pulang ke tanah air. bertolak dgn 3 kereta mengiringi permergiaan amir pada pukul 5.30 sampai ke airport awal. antara yg pergi ke airport menghantar amir hari tu adalah aku, asan, ijat, senget, paan, fahmi, afham dan abg zainuri. perginya amir juga pergilah karim~. ya si karim yg gambarnya byk gak la kat blog aku ni. mengiaw2 die kat airport...hehehe...
credit 2 gambar terakhir kepada fahmi, credit video kepada ijat dan paan.
'先輩、色々有難う!'
'先輩、色々有難う!'
1 comment:
Tang chef besar tu mmg betulla. Amir masak mmg mcm mak dia..hehe
Post a Comment