Monday, September 28, 2009

MIYAZAKI & OITA

bersambunglah kisah perjalanan aku satu pulau kyushu setelah seminggu aku balik ke malaysia! hehehe...

tanpa melengahkan masa, post yg lepas menceritakan kisah perjalanan aku di sakurajima di kagoshima. pada hari yg sama kitaorg bergerak ke miyazaki. agak jauh la gak.

bile anda dtg miyazaki, tempat2 pelancongan die senang jer. semua tepi laut. so, ikut jalan tepi laut jer, pastu stop2 singgah kat tempat2 menarik.





sayangnyer, sampai sahaja kami di miyazaki dah mlm. so semua tempat2 nak dilawati dah tutup. kami pon blank la gak. kne carik tempat tdo. nasib baik tempat perlancongan kami yg pertama tu dekat dengan ada satu rumah tumpangan. makcik tua jaga tempat tu. kita orang pon tdo situ semlm satu bilik besar kongsi.

pagi esoknyer, kitaorg keluar awal sebab nak selesaikan sebayak mungkin tempat yg boleh dilawati. aku cakap byk kali tempat perlancongan, tempat yg dilawati tu sebab aku lupe nama tempat..hahaha..sorry...

tempat pertama ni besela, temple. popular gak temple ni kat jepun. gambar atas ni macam papan berdoa la bg org jepun. diaorg beli papan ni dgn harga tertentu, lagi mahal lagi mudah termakbul kot. pastu tampal la dekat templr tu. atas ni die berdoa agar penyakit kanser yg dialaminya sembuh.

temple tu berdekatan dgn laut...erm sebelah je laut. mmg bunyi ombak die best. menghempas batu. kuat lak tu ombak die. time aku dtg tu pon baru lepas ujan dan kenkadang ujan gak rintik2.

antara permandangan di laut sebelah temple tu. sayang sekali awan agak mendung. jadi gambar kurang menarik sikit. pape pon tetap lawa.

abes jer kitaorg jalan temple tu g la tempat2 perlacongan lain kat tepi2 pantai miyazaki tu. sajer aku nak meringkaskan cerita memandangkan blog aku ni tertangguh2...hahahah..update pon kisah2 yg lepas. hahaha

perjalanan kami diteruskan ke oita pada hari yg sama sesudah kitaorg abes berjalan di miyazaki. tapi sampai mlm kat oita. xde la mlm sgt. dalam kul 8 lebih klo x silap.

agak lajugak kitaorg bawak kete....ijat yg bawak...hahaha...nak mengejar time utk night safari kat african safari kat oita. kami mengambil keputusan utk abeskan jelajah satu pulau dgn tempat last sekali adalah african safari kat oita.

kira, satu tempat je la kitaorg g kat oita. ada gambar tapi x menraik so aku x letak sini. ade video ijat tangkat tapi terlalu besar utk letak kat sini. papepun bg singa mkn daging dengan tangan sendiri adalah satu pengalaman yg best!!!..hehehe...macam2 binnatang aku bg mkn...haha..depan mata je. kitaorg naik lori dikelilingi besi penjara pastu masuk kawasan haiwan pastu bg aiwan mkn. mknan pon disediakan..pada mlm tu gak selesai semua, kitaorg trus berangkat pulang ke fukuoka. aku bawak kete mlm2 tu. masuk utan kluar utan, jumpe patung pelik dalam utan la, anjing itam melintas tetibe la...ish2...takut giler. dah la xde kete lain. minyak plak dah nak abes. abes minyak nanti takkan nak pinjam minyak kat antu minyak dalam utan...hahaha..pepepun. alhamdulillah. semuanya selamat. singgah udon 24 hour kat tenjin mkn sebelum pulang ke rumah di maebaru :).

papepun, kenangan pusing satu pulau ni mmg best!!! bawak kete sendiri, travel sendiri mengajar aku lebih berdikari. insyallah.




' post RAYA akan datang :) '

No comments: