Tuesday, May 19, 2009

beberapa hari kemudian...

waduh2...beberapa detik selepas bbq yg lepas aku dilanda demam satu badan..huh. kena lak sakit pale berdenyut2. ntah kenape kebelakangan ni asyik demam jer. sakit pale pon agak kerap. hidung pun selalu berdarah!....tanda2 apakah ini!!?? jeng2...semua ini adalah dugaan...bersabarlah..

sebut jer pasal demam2 ni, sekarang dunia dikejutkan dengan influenza baru H1N1 atau nama sopan lainnya selsema babi. bermula di mexico, wabak ini menjajah ke merata dunia antaranya amerika, malaysia dan juga jepun.

gamba atas adalah dari utusan malaysia dan berikut adalah berita petikan utusan malaysia hari ini:

KOBE 18 Mei - Jepun telah menutup lebih 1,000 sekolah dan tadika hari ini ketika penyakit selesema babi di negara ini mencecah 129 kes.

Kes jangkitan virus influenza A (H1N1) meningkat dengan banyak di kawasan bandar seperti Kobe dan Osaka sejak kes jangkitan domestik pertama melibatkan seorang pelajar sekolah tinggi berusia 17 tahun yang tidak pernah ke luar negara dilaporkan pada Sabtu lalu.

Namun, pihak berkuasa berkata, bilangan sebenar mereka yang sudah dijangkiti mungkin sudah mencapai ratusan orang ketika jangkitan merebak dengan pantas di negara matahari terbit ini.

Pakar percaya virus itu merebak pantas di dua kawasan tersebut selepas dua sekolah tinggi di Kobe dan Osaka bertemu pada kejohanan bola tampar dengan beberapa pemain dan jurulatih berasa demam-demam selepas kejohanan itu.

"Berdasarkan situasi tersebut, jangkitan mungkin berlaku semasa perlawanan bola tampar berlangsung," kata Gabenor Hyogo, Toshizo Ido, semalam.

Penduduk Kobe berkejar ke hospital dan klinik kecemasan, sementara farmasi kini sudah kehabisan topeng mulut.

Beberapa syarikat juga sudah mula mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi pekerja mereka. - AFP

aku doakan saudara2 ku yg belajar ni kansai agar selamat dari wabak ini. pakaila mask untuk keselamatan. aku yg selalu demam2 ni pun risau gak. ditambah lak aku ni senang sgt dijangkiti.

kali ni aku letak la antara gambar2 aku dari camera lain..hehe..credit tu solah, abg hafizal, paan dan fahmi. gambar atas ini main bola tampar lawan team vateran..kalah..huh

gambar aku tgk menembak...dok tropong2. hehehe..ni la team nikon kite.

bbq disudahi gambar beramai2...sygnyer dlm gambar ni amir, paan, ghandi, (huhu) ijat, senget xde..(hahaha)

shot bersama motor ijat..hehe..walaupun motor ni gerak macam kura2..nak bergambar mmg smart la..hahaha..

"semua tidak akan berlaku jika tidak dimulakan dengan langkah pertama"

2 comments:

amaleenamalek said...

hehehe dymi pix yg first tuu mcm Luffy dlm anime one piece!;)

DyMi said...

aha..mmg berhasrat pon...like one piece (^^)v