Monday, April 20, 2009

lajukan komputer !!!

Sebelum ni aku ader buat tutorial macam mane nak ilangkan windows genuine. Kali ni, disebabkan ramai yg bertanyakan macam mane nak lajukan computer, aku pon bercadang nak buat sikit tutorial or blog tentang camner nak lajukan window XP. Yup, juz windows XP. MAC or Linux xde sebab aku punyer OS windows XP. Sebelum aku masuk cite, nak habaq mai sikit, XP mmg best. Terutama pack 3. aku skrg pack 2. yg pack 3 punyer adalah yg papling better. Lain pula cite dgn vista. Vista byk makan RAM. Sebab tu at least kne ader 3 or 4 Gig la, baru performance die ok. Klo x, harap appearance jer cantik performance lembab. Pasal MAC lak, er, x nak komen byk2 sebab aku xde penah pakai. Dgrnya MAC x akan kena virus, well ader khabar angina hacker2 seluruh dunia dah jumpe kelemahan MAC. Pejam celik, hah! Dah ader pun Trojan horse virus yg telah berjaya dibagunkan utk explode MAC.

Sedeikit petikan dari PC news:

Though the Mac platform is relatively free from the harassment of viral infections that regularly hamper Wintel users, its not completely immune from the handiwork of those looking to cause mischief or harm. Case in point: intego (developer of VirusBarrier) has put out a security alert of the MP3Concept (MP3Virus.Gen) trojan horse, a deceptive piece of code that could easily be launched by mistake due to it’s fallacious cover. The code is hidden away in the ID3 tag of a seemingly benign MP3 file, but stores hidden code that could possibly “damage or delete files on computers running Mac OS X“.

This Trojan horse has the potential to do any of the following:
- Delete all of a user’s personal files
- Send an e-mail message containing a copy of itself to other users
- Infect other MP3, JPEG, GIF or QuickTime files

Panjang lak cite. Berbalik pada macam mane nak lajukan PC anda. PC disini aku maksudkan windows XP ekh. Ada byk cara. Tapi selalunye, kalo computer anda lembab selalu dikaitkan dgn saiz RAM anda. Lagi besar RAM anda lagi laju computer anda. Betul ke teori ni? Bu bu… salah!. RAM besar mmg laju, tapi semakin besar tidak semestinya semakin laju. Ianya ada tahap. Sampai satu tahap RAM anda 10 Gig pon, kelajuan computer anda tetap sama. Factor lain adalah microchip yg anda pakai. Well, yg latest lagi ok la. Biar process licin sikit dan lambat sikit panas. Aku pakai Pentium 4. lama punyer. Kureng la skit. Kesimpulanya, cara nak lajukan computer ada 2 bhgn. Dari segi hardware dan software. Hardware:

1. tambah saiz RAM, 4 gig tu kita ok la

2. jgn biar kmputer anda berhabuk sgt. Peredaran udara yg x baik, membuatkan CPU anda jadik panas, pas2 lambat proses data. Kadang2 kalau panas sgt, PC anda akan shut down sendiri.

3. kalau malas nak beli RAM, boleh buat imaginary RAM (virtual RAM) dgn menggunakan local disk anda ( selalunya C drive ) .


utk software lak, anda boleh kurangkan tahap appearance anda dan tingkatkan performance dgn langkah berikut:

1. bukak start>my computer. Right click dekat My computer tu, pilih properties dan click.

2. biler keluar window system properties pilih tab advance

3. dalam advance tu, pilih performance punyer setting dan click.

4. dalam performance option window tu, pilih tab visual effect

5. dalam visual effect tu check (pilih) adjust for best performance

6. click apply dan pas2 ok.


Cara yg seterusnya, berikan space kepada RAM anda dgn membuang program 2 yg anda tidak pakai langsung, atau tidak pakai selalu. Caranya seperti berikut:

  1. bukak start>run
  2. dalam run search bar, taip ‘msconfiq’ click ok
  3. nanti akna keluar window ‘sistem configuration utility’
  4. ada 2 tab yg akan anda perhatian iaitu tab ‘services’ dan tab ‘startup’.
  5. uncheck program yg anda kurang pakai atau tidak pakai langsung. Bahagian tab services lebih kepada program yg dijalankan semasa anda sudah on computer, manakala, tab startup lebih kepada kelajuan computer anda untuk startkan computer. JANGAN DELETE SEMUA!. Ada program yg apabila anda uncheck, computer anda tidak dapat beroperasi degn optimum. Cth yg boleh delete, skype. Kalau anada ader skype la. Utk beginner, jgn usik tab services tu la. Tp, kalau anda ingin cube juga, boleh google program tu. Sure ada dekat internet explanation die. Cara lain-à pergi start>run>taip ‘services.msc’. dekat sini ader short description tentang service yg anda pakai.
  6. biler selesai. Restart computer. Nanti ader window peringatan keluar selepas restart, uncheck kotak tu, dan click ok.
  7. anda boleh ubah balik dgn mengulangi langkah2 atas dan check semula kotak yg anda uncheck sebelum ini.

Seterusnya, cara ini meningkatkan mutu performance computer anda. Iaitu menggunakan ‘disk cleanup’ utilty. Langkah2nya:

1. bukak start>Programs>Accessories>System Tools>Disk Cleanup

2. pilih drive aper yg anda nak clean

3. click ok


lagi, anda boleh juga meningkatkan mutu performance computer anda dgn defag hard drive anda. Ini supaya data2 anda lebih tersusan. Cara2nya:

  1. bukak start> all programs>accessories>system tools> disk defragmenter
  2. pilih drive yg anda nak defrag
  3. anda boleh check status drive anda dgn pilih drive pastu click kotak analyze.
  4. jika computer mencadangkan anda defrag, adalah lebih baik anda defrag, jika x, tidak perlu.

Cara lain nak tambah space RAM anda adalah dgn clearkan cache internet anda. Langkah (aku pakai firefox):

  1. bukak internet ‘firefox’ anda.
  2. pilih tab ‘tools’
  3. pilih ‘clear private data’
  4. check data2 yg anda hendak delete, antaranya cache.
  5. click ok

Offkan indexing service. Langkah2:

  1. start>my computer
  2. right click pada drive2 anda. Cth drive C
  3. click properties
  4. uncheck ‘allow indexing service to index this disk for fast searching’

ni jer kot buat mase ni. Klo ader lagi aku tambah. Klo ader kesalahan, or pandangan or ader cara lain lagi untuk lajukan computer, cadangan anda amatlah dialu-alukan…selamat mencube!!

p/s: do at ur own risk!


2 comments:

dehe@farhan said...

weh..aku dh baca smua..tp aku nk ko buat direct kt kom aku gak..haha..

DyMi said...

hahha..peh. penat aku taip jer